November 19, 2008 at 9:52 pm
Harini ayah bawak balik magazine untuk ibu.. yehaaaa.. Pa&Ma.. ada satu topic yang menarik nak dikongsikan kat sini.. “PRO & KONTRA MENGKHATANKAN SEWAKTU BAYI”. Kalau nak ikutkan kat magazine nih, keburukannya cuma kalau benda tu bermasalah je, maksudnya kurang sempurna secara semulajadi sejak lahir. Periksa dulu keadaan benda tu kalau nak khatankan masa baby la..
Sebenarnya ibu dah pun selamat mengkhatankan dua2 anak ibu ni.. alhamdulillah.. Mauil masa umur sebulan, Muqris pulak sehari lepas lahir.. pakai Smart Klamp. Tak susah pun nak jaga.. seminggu je dah baik sepenuhnya.. atok dgn nenek memula tu memang la mcm tak kasi jer ibu buat benda ni.. ibu buat tak tau jer.. lama2 diorang dah faham benda tu elok sebenarnya.. dah banyak keluar kat surakhabar pun pasal isu nih..
Berkhatan tu sunnah nabi, 7 hari selepas lahir.. sama la macam aqiqah jugak.. ada jugak org2 tua yang menakut2kan 'benda tu' boleh tumbuh balik.. Wallahua’lam.. tapi ibu rasa kalau dah namanya pun sunnah nabi, insyaAllah tak memudaratkan..
Ada jugak yang tegur "senang la lepas ni.. tak payah nak paksa2 anak". Bagi ibu, ibu buat semua ni mmg nak menyenangkan ibu dan anak2 ibu.. takde la anak2 ibu nak sembahyang kat masjid menyelit2 kat tepi2.. kat belakang2 skali.. anak2 ibu dah boleh sembahyang kat saf yang depan sekali occay.. ;)
Blog ini di buat khas untuk catit perkembangan dan cerita2 tentang Mauil & Muqris untuk simpanan ibu.
Thursday, June 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment