skip to main | skip to sidebar

click me! click me!

cutesuperkids stories

  • ►  2009 (10)
    • ►  June (9)
    • ►  July (1)
  • ►  2010 (10)
    • ►  March (4)
    • ►  April (2)
    • ►  May (1)
    • ►  July (3)
  • ▼  2011 (4)
    • ►  February (3)
    • ▼  April (1)
      • Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC)

a.e.i.o.u

  • ayah (1)
  • ibu (6)
  • mauil (6)
  • muqris (6)
  • my boys (11)
  • Us (2)

love to read

  • KISAH KASIH
    Salam dari paediatric ward..hospital batu gajah..
  • UMI SAYANG KAMU BERDUA...

hello everybody...


ShoutMix chat widget

Followers

Feedjit

Total Pageviews

My CuTeSuPeRkiDs..

Blog ini di buat khas untuk catit perkembangan dan cerita2 tentang Mauil & Muqris untuk simpanan ibu.
mamypokoclub Expecting a baby Ticker mamypokoclub Expecting a baby Ticker
Showing posts with label muqris. Show all posts
Showing posts with label muqris. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

My Growing Kids..

lama tak mengarang, banyak sangat rasanya cerita nak ditulis.. tapi bila dah banyak sangat cerita lagi malas nak menaip.. kesimpulannya... ibu tgh malas nak menaip tapi paksa diri utk menaip.. :p

1 & 2 mei aritu Cik Ni kawen.. yer.. sama tarikh dgn kenduri kawen ibu dgn ayah.. bezanya ibu dgn ayah nikah 30 April, Cik Ni 1 Mei.. tak nak sama Anniversary katanya.. sbln sblm tarikh tu, kita adalah antara org yg ter'busy' masa tu.. mauil dgn muqris pun tolong nenek bungkus goodie bags tau.. sgt rajin anak2 ibu disamping sangat nakal mengganggu kerja2 ibu.. huhuhu.. Muqris mcm biasa, asal gate terbukak jer dia pun keluar dgn selambanya sarung selipar abang mauil pun jadik.. lagi2 kalau nenek/atok/abg mauil yg keluar laju jer la dia membontot.. ibu mmg tak boleh terlepas pandang langsung dgn Muqris.. aktiviti yg muqris slalu buat kat umah atok ialah mendera kucing..

muqris dah makin petah bercakap.. banyak tanya.. "ibu buat ape?".. ibu jawap masak.. muqris pun jawap "'OOOooo' masak... ".. ada oooo tu yg ibu gelihati dengar.. "eyciu me me" maknanya excuse me.. masa kenduri Cik Ni mmg ramai jugak yg pakai word muqris ni termasuk nenek Lang & nenek Om.. semua tergelak bila mula2 dgr perkataan muqris tu.. Lagi satu, "eeiii... mo mo meee..".. nenek tanya apa tu?? ibu kata 'hei.. wait for me!!'.. tergelak nenek.. bila ibu ajar satu2 wait for me, muqris boleh ikut dengan betul.. tapi bila muqris nak ikut/kejar abang mauil, muqris sesedap rasa jadi mo mo me.. nak cakap laju punya pasal.. cute!

mauil dah makin banyak membaca.. Peter & Jane 5a mauil dah baca dgn lancar.. agak tak heran sebenarnya sbb ibu dah mulakan ajar mauil membaca dari umur 3 tahun.. masa tu Peter & Jane 1a dgn 2a mauil dah boleh baca.. lepas jer ibu bersalinkan muqris, ibu tak banyak masa nak ajar mauil.. tapi mauil mmg jenis yg senang nak di ajar.. tak payah suruh pun mauil buat sendiri kalau mauil nak.. harini pun mauil dah mula baca story book sendiri.. buku2 yg ibu beli bacakan utk bedtime stories sblm ni mauil ambik baca sendiri.. ibu check sikit2 yg mana word nya agak asing bg mauil.. mengaji pulak.. mauil dah mengaji separuh Iqra' 2.. bezakan bunyi yg panjang & pendek.. perasaan ibu?? semestinya sgt bangga dan happy.. masa kenduri Cik Ni mmg ramai yg tanya mauil dah skolah ke belom.. bila ibu jawap belom masing2 buat muka heran.. macam ibu ni tak bertanggungjawap pulak tak anta mauil pergi sekolah.. biarlah mereka.. janji ibu tau apa yg ibu buat.. ntah2 anak diorg yg dah anta skolah tu pun blom tentu dah pandai baca.. ish.. tak baik ibu nih.. pelik agaknya 5 thn tak skolah lagi... kalau ibu ni kerja, mungkin dah lama ibu anta mauil sekolah.. tapi anak2 ibu yg jaga adalah ibu.. bukan bibik indon atau pengasuh2 tak berpendidikan.. kalau bibik indon yg jaga, risau jugak ibu bila mauil lagi terror cakap jawa dari ibu nanti... hehehe..

banyak lagi nak cerita tapi cukup lah dulu setakat ni.. tggu ibu terlebih rajin.. sekian terima kasih..
Posted by CuTeSuPeRkiDs at 12:42 AM 2 comments
Labels: mauil, muqris, my boys

Saturday, April 3, 2010

selsema + batuk..

muqris selsema tapi tak demam.. mauil pulak batuk dengan selsema dan low fever (37.3-37.6 deg).. mauil mmg selalu kalau selsema mesti batuk.. ibu tak risau sangat sbb mauil active dan tak demam teruk.. ibu tak bawak pegi klinik pun.. ibu yg jadi doctor nya.. boleh???.. hehehe..

memang ibu tak bawak mauil dgn muqris pegi klinik kalau tak demam teruk.. ibu beli ubat sendiri kat farmasi.. ibu dah hafal ubat apa yg doctor DEMC selalu bagi kat anak2 ibu ni kalau batuk.. Rhinathiol yg kaler merah.. PCM mmg sentiasa ada.. supp Voren (supp PCM tak jalan) pun ibu sentiasa standby.. ubat selsema pun ibu beli kat farmasi jer.. zyrtex ke actihist ke.. kalau anak2 ibu demam lebih 38 deg baru ibu bawak gi DEMC dalam masa 24 jam.. kalau batuk tak bertambah baik or makin teruk dalam masa 3 hari pun ibu terus bawak gi klinik.. slalunya doctor terus bagi antibiotik la kalau mcm tu..

Ibu tak suka nak bagi anak2 ibu mkn antibiotik.. itu memang last solution utk ibu.. doctor2 kat DEMC pun mmg takkan bagi antibiotik kalau tak perlu dan selagi tak terdesak.. kalau nak kasi pun doctor tu mesti cakap "saya bg yg dos rendah je dulu yer".. ibu kalau jumpa doctor memang macam2 soalan ibu kasi.. doctor2 kat situ pun dah kenal ibu..

arini batuk mauil nampak macam dah kurang kekerapannya.. bunyi pun macam dah pecah.. demam pun dah ok.. selsema muqris pun nampak dah kurang.. get well soon ya dear..

tips yang ibu explore sendiri kalau anak ibu batuk:
bangun tido sebelum mkn apa2, ibu kasi mauil mkn Madu Khaula'.. dalam masa 5-10 minit lepas tu mesti mauil muntah kalau ada kahak.. confirm!.. tapi kalau tak ada kahak tak muntah.. oleh sebab mauil blom makan apa2 sblm makan honey tu, muntah tu pun kosong, so nampak la kahak2 yg warnanya agak kuning pekat.. puas hati ibu tgk kahak2 tu keluar.. ibu akan pastikan lung anak2 ibu clear kalau batuk occay.. lepas muntah baru kasi breakfast!..
Posted by CuTeSuPeRkiDs at 12:11 AM 0 comments
Labels: ibu, mauil, muqris, my boys, Us

Friday, March 12, 2010

pandai sakat ibu yerrr...

note for muqris:

muqris.. muqris tau kan kalau ibu sembahyang muqris tak boleh kacau.. tapi kenapa muqris kacau jugak.. ibu ruku' muqris intai muka ibu.. ibu sujud pun muqris menungging sujud intai muka ibu.. ibu tahiyat akhir muqris duduk depan ibu kiss ibu la.. hug ibu la.. kadang2 muqris hug ibu dari belakang jugak.. ibu bagi salam jer muqris terus lari lintang pukang.. nampak sangat muqris tau apa yg muqris buat tu salah.... muqris selalu buat ibu macam tu sejak akhir2 ni.. jangan la buat ibu macam tu sayang.. tak boleh nak khusyu' ibu sembahyang.. tak baik tau.. berdosa.. jangan buat lagi occay..

love,
ibu.
Posted by CuTeSuPeRkiDs at 6:04 PM 4 comments
Labels: ibu, muqris

Monday, March 8, 2010

muqris... muqris... muqris...

muqris... macam2 perkataan dah kuar dari mulut budak kecik nih.. umur belom 2 tahun tapi mulut dah macam bertih jagung kena bakar... parrot.. kelakar bila dengar dia cakap ikut abangnya bercakap.. takpun ikut ibu bebel marah abang sbb kacau muqris.. "dah.. dah... abang niiiii... ".. hehehe..

"bu.. beyak toyet" (berak toilet).. kalau ibu tanya betul ke niii... muqris gelak jer.. kadang ibu anta muqris tak berak pun.. tapi slalu berak la.. kalau ibu malas sbb muqris cam main2 jer ajak.. muqris cakap kat ibu " bu.. beyak toyet.. cepat ibu cepat.. pliss.. ibu plisss..".. comel jerrrr.. muqris blom stop diaper sepenuhnya.. tapi takat ni muqris dah tak pernah berak kat diaper.. ibu rasa muqris dah boleh, tapi ibu blom sempat nak carikkan muqris punya brief.. tak kan nak pakai abang punya.. tak hygienic la ibu nih.. :p..

muqris dah stop nenen sepenuhnya.. blom 2 tahun pun.. tak macam abang mauil, 2 tahun ngam2 baru stop.. tapi takper kan sayang.. kurang 2-3 bulan jer nak 2 tahun.. muqris tak sesusah abg mauil masa nak stop BF.. masalah ibu tetap sama "super sensitive skin".. ibu mintak maaf yer sayang.. tapi ibu mmg tak tahan bila dah crack berdarah2.. tapi mauil dengan muqris tetap dapat yg terbaik dari ibu kan... sedaya upaya ibu.. bersyukur lah..

muqris dah pandai count 1 to 10.. ikut ibu nyanyi ABC, itsy bitsy 'paider' (spider), 'tickle tickle' little star (twinkle2).. baca doa mkn, doa tido.. fatihah pun bleh ikut asal ade bunyik jer.. lagi2 kalau ikut abg mauil baca laju2.. hehehe.. kelakar + kiut!.. tgk tv pun pandai.. apa abg suka muqris pun suka.. lagu spongebob, ben10, bob the 'dider' (builder) pun muqris terror.. plankton and crabbbbb!!! (sila baca dengan nada mengikut lagu sebenar.. :p)

ooooo... baru ibu perasan.. muqris dah pandai jalan tapi ibu tak penah pun cerita kat blog ni.. muqris pandai jalan masa umur 1 tahun 5 bulan.. lambat kan.. tapi perlu di nyatakan disini.. muqris TIDAK MERANGKAK.. dia skip 1 step.. muqris pandai duduk sendiri masa tu bulan puasa, seminggu lepas tu muqris terus bangun dan berjalan TANPA JATUH!.. muqris jalan steady jer.. macam dah lama pandai jalan.. tapi yg nyatanya 2-2 anak ibu mmg bercakap dulu baru berjalan.. maknanya... anak2 ibu stimulate mental dulu baru fizikal.. korang senang paham keadaan sekeliling.. sebab itu jugak la korang jadi cerewet sbb korang jadi sangat faham apa yg korang nak dan tak nak.. ibu suka.. ibu tak kisah.. ibu sangat2 bersyukur.. alhamdulillah...

cukup la dulu takat ni.. nanti bila ibu ada banyak masa, ibu upload video2 dgn gambar2 mauil & muqris kat sini occay..
Posted by CuTeSuPeRkiDs at 2:00 AM 0 comments
Labels: muqris, my boys

Thursday, June 11, 2009

My babies.. (from FS)

January 14, 2009 at 2:34 am

Ibu dah mula seronok bercerita kat sini.. harap2 blog ni wujud sampai bila2 untuk anak2 ibu baca. Biar korang tau apa korang punya cerita dari kecik sampai besar. Tak payah susah2 ibu nak cerita sok. Jadi macam nenek la.. “anak mak ada sorang yang tak nak menyusu sebelah kiri, tapi mak tak ingat sapa..”. ish.. geram je ibu dengar.. nak gak tau sapa. Apasal anak ibu ada pe’el gitu.. Muqris la tu punya pasal.. hehehe… tapi nenek kata bukan ibu.. tapi turun kat anak ibu plak.

Biar ibu cerita pasal Muqris dulu.. masa memula lahir sampai minggu ke 4 takde masalah.. menyusu je tido.. tido lama sampai ibu kena kejut bangun nak gak kasi susu.. bangun malam pun 2 kali je.. tak macam mauil, menyusu sejam sekali. Lepas dari minggu ke 4, mula la muqris buat perangai.. tido nak kat lengan je, berdodoi pulak.. menyusu tak nak sebelah kiri.. mula la ibu buat stunt, menyusu sambil berdiri.. paksa gak nak kasi balance.. menyusu sambil berjalan (nak anta mauil gi toilet), berlari (nak bukak pintu tgk sapa yang ding dong datang umah..) heheheh… terrer tak ibu..

Masuk 3 bulan ibu dah tak larat nak dodoi.. beli la rocker.. tak tido pun.. pasang lak buai.. huh.. memula masuk sengih2 la dia.. pastu meraung.. kekekek… dodoi kat lengan, dah tido baru masuk buai.. kalau letak kat tilam confirm bangun!.. enjut sket pastu tinggal.. stgh jam je pastu dia bangun.. berguna la jugak buai tu.. ni dah masuk 9 bulan.. masuk buai terus nangis.. huhuhu… menyusu tido kat tilam je. Tapi kena tunggu sebelah je, kalo tinggal confirm bangun.. terpaksa la tersangkut kat situ, sampai pening ibu baring jer.. ye la.. bukan time tido.. Tension gak kadang tu.. keje banyak lagi nak buat. Tapi kalau tinggal lagi parah, tak cukup tido kang dia mengamuk je sampai nak letak pun tak boleh. Lagi susah nak buat keje. Sekarang ni pergi manapun kena dukong muqris.. ibu melangkah setapak je muqris dah meraung.. kalau kat dapur aku letak la muqris atas rocker (berguna sangat benda nih.. tak sia2 beli mahal2.. :)). Tu pun tahan la dalam 10-15 minit. Pastu dia boring la tu.. sempat la masak nasik.. pastu dukung la lagi sekejap.. letak balik, masak lauk pulak.. hehehe.. tu la kisah ibu kat dapur.. entah berapa kali sehari ibu turun naik tangga gi dapur ibu pun dah tak tau.. exercise.. tu la rahsia slim. Ramai sangat yang tegur.. macam ibu ni tak cukup makan pulak ye.. padahal makan nasik malam2 sampai 2 kali tu.. orang risau gemuk, ibu rilek jer.. hehehe..

Kalau nak sembahyang lak.. ibu pastikan muqris dah kenyang dan tak ngantuk. Ibu letak playgym kat dia kasi muqris sepak.. ibu tunggu dalam 2-3 minit nak tgk muqris ok ke tak. Kalau ok, muqris tak nampak je ibu terus blah la sambil pesan kat mauil jaga adik tu ibu nak gi sembahyang.. kadang tak siap sembahyang lagi muqris dah meraung.. baru perasan ibu takde.. kadang mauil la tu yang kacau.. kekeke…

Sebenarnya tak banyak beza jaga mauil dengan muqris masa baby.. mauil dulu pun cerewet gitu gak.. masak sambil dukong, pastu tangan tu nak pegang apa yang ibu pegang. Tak dapat dengan tangan dia kuit pakai kaki.. huh.. bahaya betul.. tu lah cerita korang masa baby..
Posted by CuTeSuPeRkiDs at 5:14 AM 0 comments
Labels: muqris, my boys

Pengalaman deliver Muqris (from FS)


November 19, 2008 at 1:06 am

Ni yang rasa nak bercerita pengalaman bersalin nih… bila ingat balik ibu rasa kelakar.. tapi time tu mmg cuak sgt… ibu dah la mmg kena check blood pressure hari2 kat DEMC tu. Ada satuhari tu, ibu check bp mlm2.. out!! Dah langgar border bahaya.. 4-5 kali check, last2 turun gak sket.. nasib tak kena tahan wad. Tu pun ibu merayu2 kat doctor tu jgn tahan ibu.. Esoknya ibu tak gi check pun.. takut!!..

ibu bersalin dalam keadaan yg ready fizikal mental, doc siap buatkan ibu appmt utk delivery sbb high blood tu la.. dalam kata lain nya, ibu ni dalam keadaan berjaga2.. 11/4/2008 pukul 9 pagi.. tapi masa tarikh tu pukul 7 pg ibu da rasa lain mcm jer.. ibu terus je ajak ayah gi DEMC. Kol 8 ibu dah tercagak kat sana.. buat la semua procedur yg sepatutnya.. cucuk jarum nak masuk drip sampai 3 kali.. jongos betul nurse tu.. sakit woo.. jarum besar benor.. ibu masuk labour room pukul 9.45pg, kol 10pg anak ibu dah say hi.. hehehe.. express tak??. Tak der doc yang sambut, nasib baik ayah ada tolong panggil nurse.. semuanya berlari mcm kena kejor anjing. Lain doc yang ibu booking, lain doc yang sampai dulu.. sepatut sorang doctor yg sambut dgn 2 nurse, tapi ibu dgn 2 doc pakar dan 4 nurse sekaligus.. tertulis dalam saksi lahirnya nama 2 doc tu.. tapi alhamdulillah semuanya selamat..
Posted by CuTeSuPeRkiDs at 4:57 AM 0 comments
Labels: ibu, muqris
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Design by Gisele Jaquenod